Ciri-ciri isteri solehah- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa
suami ialah
ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
Tiada siapapun
boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada
isteri.
Satu
kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab
menjaga serta
mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup
keluarganya di
dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri
dan
anak-anaknya.
Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki)
telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).
-
Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih
utama kepadanya selain hak suami.
Aisyah
r.a. pernah bertanya kepada
Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih
utama diberikan oleh seorang
isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab,
suaminya. Apabila ditanya mengenai hak
siapakah yang lebih utama
diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya.
(Hadis riwayat Hakim).
-
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri
sendiri sebagai isteri dan
menjaga maruah suami terutama di dalam
perkara-perkara rahsia peribadi
dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang
paling hampir kepada suami
yang tahu segala kekurangan dan kelemahan
suaminya. Membuka rahsia suami
atau menyebarkannya akan menjejaskan
kewibawaan suami, sekali gus
menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami
telah hilang kepercayaan
terhadap isteri.
Bijaksana mentadbir harta
benda suami tanpa
membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar
kemampuannya kerana
hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan
ketegangan di dalam
kehidupan suami.
- Sentiasa bersedia untuk
menggembirakan hati
suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur
kata yang
menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan
batin.
Rasulullah
s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik
diperoleh seorang mukmin
(suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah
azza wa jalla selain
isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika
suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.
Sekiranya suami
bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia
keluar kerana
bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah
suaminya serta
menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).
Isteri wajib mentaati
perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam.
Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan
pengertian
taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri
dengan
pelbagai hal yang tidak wajar.
- Berusaha menambah ilmu
pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya
sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah
seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.
Sabda
Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu
daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan
agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak,
kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).
Mempunyai sifat
redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang
masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah,
Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik.
Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka,
bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah
menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).
Walaupun ayat
ini
ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi
panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat
bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh
kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan
menyelesaikannya.
Rasulullah
memberi panduan, Janganlah seorang suami
yang mukmin membenci isteri
yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika
ia tidak berkenan kepada
satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada
tingkah lakunya yang lain
amat disenanginya. (Hadis sahih).
- Membantu
dan menolong
suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua
ibu
bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan
miskin
kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap
kedua-dua ibu bapanya.
- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada
perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari
garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w.,
Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam
dan
solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi
sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan
penuh
kasih sayang.
- Berusaha menjadi ibu yang baik,
bertanggungjawab
mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat
melaksanakan
hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan
kepada orang
ramai.
Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang
seharusnya
ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup
berkeluarga
dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami
seperti
doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan
seorang
isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan
duniaku
dan urusan akhiratku.''
No comments:
Post a Comment